Hukum Melancap atau Beronani
SOALAN: Apa hukum onani atau melancap? JAWAPAN: Waalaikumussalam wbt, Ulama khilaf dalam hal ini. Yang masyhur bahawa hukumnya ialah haram berdasarkan nas al-Quran ayat kelima sehingga ketujuh surah al-Mukminun. Kami menyebut huraian Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam kitab beliau, al-Halal wa al-Haram fi al-Islam : “Perbuatan ini diharamkan oleh ramai ulama mazhab Maliki (termasuk juga Syafieyyah). Mereka mengambil dalil berdasarkan firman Allah: وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ (5) إِلَّا عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ (6) فَمَنِ ابْتَغَىٰ وَرَاءَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْعَادُونَ (7 Maksudnya: Dan mereka yang menjaga kehormatannya, kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; Surah al-Mukminun, (23 : 5-7) Oleh itu orang yang melakukan on...